♥ DOA ♥

♥ DOA ♥

★ Ukhuwah Fillah Abadan Abada ★

Ukhwah yang dibina antara kita,Biarlah seperti seutas tasbih,
Ada awal, Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA,

Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA.....
Ukhuwah Fillah Abadan Abada


★ MUTIARA KATA ★

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Temannya adalah airmata.. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang..

●❤ NILAIAN DIRI KITA ●❤



:♥::::♥::♥::♥♫•*•♫♥::♥::♥:
:♥::♥♫•*•♫♥::♥::♥::♥::♥::::♥::♥::♥♫•*•
Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Rabb kita.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang dipandang sama, hanya IMAN dan TAKWA yang membezakan kita..
:♥::::♥::♥::♥♫•*•♫♥::♥::♥::♥::♥♫•*•♫♥::♥::♥::♥:::♥::::♥::♥::♥♫•*•♫♥::♥::♥::♥::♥♫•*•♫♥::♥::♥::♥::♥::::♥::♥::♥♫•*•

p/s: 
sekadar peringatan yang kadang kala terleka dengan perkara tidak berfaedah. Namun aku bersyukur masih diberi ruang untuk memperbetulkan segala kesilapanku yang pernah aku lakukan.

Syukran jazilan sbb sudi membaca...Ada masa datang lagi singgah sini... ♥♥♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

★ TRUST IN ALLAH ★