IkhLas.. Ku CArimu Di manA JuA..
Keikhlasan nan tercalar Pabila kesabaran mula menghindar Lemah dan tunduk tanpa sedar Bisikan syaitan nan tak pernah pudar Menawan kalbu hamba nan ingkar. Keikhlasan nan terhakis Kerana hati tak bisa menangis Pujukan dan rayumu wahai sang iblis Ketipisan iman tak bisa menepis. Lalu... Lerailah budi,lenyaplah jasa Segunung budi selaut jasa Ganjaran dinanti tak kunjung tiba Ganjaran melayang di tingkap terbuka Dosa menerpa di hati bertakhta Budi dan jasa sia-sia semata Ibadat dilaksana jerih segala. Aduhai... Sukarnya mencari keikhlasan Perit dan getirnya menebal keimanan Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya Di sinilah... Kupohon pada-Mu walau dalam susah Kupohon pada-Mu walau dalam payah Ikhlas itu rahsia Allah Mudah-mudahan padaku Rahmat-Mu tercurah. P/S: orang yang ikhlas adalah orang yang menjadikan agamanya murni hanya untuk Allah saja dengan menyembah-Nya dan tidak menyekutukan dengan yang lain dan tidak riya dalam melakukan amal solehnya..