Tip menutup aurat

Menutup aurat adalah perintah daripada Allah sw.t. Anjuran ini hakikatnya turut serta melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbnading lelaki. Tambahan pula, fitnah wanita itu lebih besar.

Di bawah disertakan beberapa kaedah praktikal menjadi muslimah yang prihatin dengan penampilannya di hadapan ajnabi.

·         Tahu. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi,hokum-hakam berkenaan dan sebagainya.

·         Sedar bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal dan haram adalah perkara besar.

·         Syiar. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita muslimah dapat dikenali meallui cirri-ciri pakaian yang menutup aurat.

·         Fungsi cermin. Sebelum melangkah keluar dengan yakin, tanyalah cermin, “wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?” Jawapannya perlu dijawap berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.

·         Asingkan pakaian kepada dua criteria; sesuai atau tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.

·         Malu. Wanita tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

·         Bersahabat dengan wanita yang solehah boleh mengutakan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mnegubah penampulan kepada penampilan yang patuh kepada syariah.

·         Eksklusif. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif waniat itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan auart dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

·         Banyak manfaat. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

gATHerInG tkM

Malam Kemuncak Citra Ramadan 2021