Posts

Showing posts from September, 2011

Wahai diri

Assalamualaikum wbt..  Kaifa hailuk??? Tiada ungkapan untuk diri ini ungkapkan, tiada kata untukku ucapkan.Ntah mengapa, terasa diri begitu?Jauh dari segala-galanya... Adakah terlalu jauh aku darimu Ya Rabb. Setiap kali aku ingin dekat denganmu, begitu banyak halangan yang harus ku tempuh. Tapi aku tewas... Kau berikanlah kekuatan dan semangat untukku agar dapat terus berjuang ke jalanMu Ya Rabb.. monolog hatiku:- Wahai diri, mana semangat kau pergi? Wahai diri, mana semangat kau pergi? Wahai diri, pujuklah hati. Wahai diri, perjalanan kau masih jauh lagi. Jangan mengalah sebelum berjuang ! Jangan berundur bila sudah isytihar perang ! Jangan suramkan jalan yang terang.. Ya allah.. :’(

senyum :)

Senyum merupakan lambang ketenangan,gembira dan puas. Rasulullah SAW menyebut bahawa orang miskin yang ingin mendapat pahala sedekah boleh melakukannya dengan senyum.Tetapi senyum disini adalah senyum yg ikhlas bukan terpaksa. Senyuman isteri kepada suami merupakan salah satu hiburan yang menyegarkan jiwa dan minda suami.Oleh itu isteri yg banyak senyum lebih banyak merasa bahagia berbanding isteri yang kurang senyum kerana senyuman mendatatangkan kesejukan hati, kegembiraan dan rasa syukur dalam aktiviti sehariannya.. Begitu juga senyuman Suami kepada isterinya.. :)

RENUNGAN HIDUP

Jangan merasa gembira dengan pujian yang diberikan oleh orang lain di hadapanmu atau berita gembira yang dihadapkan kepada dirimu, sebab mungkin semuanya itu dilakukan bukan dengan keikhlasan ... Janganlah engkau menginginkan supaya mereka berusaha untuk kepentinganmu atau berkaitan dengan hakmu, baik di dalam keadaan sendirian atau tidak, di waktu sembunyi atau terang terangan. Keinginan sebegini adalah merupakan sifat tamak yang penuh penipuan. "Jangan engkau meninginkan untuk memiliki sesuatu yang menjadi hak orang lain, sebab dengan keinginan yang sedemikian engkau akan dianggap hina oleh orang lain" . ...fikir2kanlah.... •••

Indahnya Didoakan Sahabat

  Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya. Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita. Lafazkan doa anda untuk sahabat kita. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita. Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafazkanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda.  Doakanlah dia selalu. Ini sangat indah… Sungguh indah.. Seorang sahab

keajaiban al-quran pada zaman ini

Assalamualaikum.. Kaifa hailuk?? “Keajaiban al-quran pada zaman ini.” Apabila terperhatikan pada tajuk ini, pastinya semua tertanya-tanya. Apakah keajaibannya? Mungkin ada sesetengah sedar keajaiban al-quran telah pun muncul tanpa kita sedari. Adakala ada orang tidak sedar keajaibannya.  Keajaiban dan mukjizat al-quran mempunyai had. Rasulullah s.a.w. telah menyebut mengenai Al-Quran: “keajaibannya tidak akan hilang.” Oleh itu Al-Quran adalah baru pada setiap masa dan mempunyai keajaibannya pada setiap masa. Ini kerana ia adalah kalam yang maha pencipta, yang maha mulia, yang maha bijaksana lagi maha yang maha meliputi ilmu pengetahuan-nya tentang semua benda. Antaranya:- AL-QURAN MENCERITAKAN PERCUBAAN MENEROKA ANGKASA. Penemuan yang dicatatkan oleh ilmu moden melalui kaedah, alat dan kemampuannya. Al-quran telah membincangkan sejak ratusan tahun sebelum manusia mengetahuinya. Adalah mustahil manusia boleh terbang di udara pada 200 tahun lepas. Ataupun mempercayai bahawa ada orang

:::Graduation::

Image
Assalamualaikum.. Kaifa Hailuk?? Sekarang nie, musim konvokesyen.. sana-sini orang berkonvo. Tak sabar rasanya pulak, nak berkonvo nie..  Nak pakai jubah, topi dan dapat skroll diploma.Hehehe.. Bulan 11, cepatlah kau menjelma. Tidak mampu untuk ku menunggu. Malah, ini hadiah istimewa untuk my parents segala jasa keringat untuk ketika misz aida belajar. Yang lebih teristimewa lagi, hari konvekesyen misz aida pada 02/11/2011 iaitu selepas hari lahir ayah [01/11/2011]. Hmmm.... sukarnya digambarkan perasaan betapa gembiranya hati ini apabila digelar sebagai graduate.. is not me... amik dari encik goggle. " x sabarnya nak ada gambar mcm 2"...hehhee Langkahku bukan berhenti setakat ini. Banyak lagi perlu diterokai. Kerja!Kerja! Cepatlah kau menjelma! Namun, kesedihan apabila gagal mendapat tawaran ke universiti before "sanah helwa" . Entah dimana silapnya! Misz Aida pun tidak pasti. Walau bagaimanapun, impian untuk ke universiti perlu diteruskan walau badai melanda

:::: Sanah Helwa ::::

Image
Assalamualaikum.. Kaifa Hailuk? [Apa khabar?] おげんき ですか? [Sihatkah?] Entri kali  special sikit because today is sanah helwa : NUR AIDA BINTI BASIR. Dah besar pun dia… Dah leh kawen dah pun.... Tapi calon x da lagi…. Hehe…. Jom flashback , TENTANG SAYA:- ·            NAMA :- NUR AIDA BINTI BASIR ·           UMUR :-21 TAHUN ·           TARIKH LAHIR :- 18 September 1990 BERSAMAAN 27 SAFAR 1411H PADA 12.11 TENGAH HARI ·           DILAHIRKAN :- HOSPITAL DAERAH BUKIT MERTAJAM ·           NAMA IBU DAN AYAH :- HAMINAH BINTI AHMAD & BASIR BIN DAK ·          TINGGAL :- PULAU PINANG [ sejak dr kecil lg memang dok penang la ] ·           PENDIDIKAN :- UPSR, PMR, SPM DAN DIPLOMA [ tempat study semuanya  kat penang, x diizinkan  tuk  berhijrah lagi] P/S: CUKUP KOT PASAL DIRI MISZ AIDA…HAHAHHA Sempena  sanah helwa kali ini, tiada yang special sangat seperti tahun-tahun sebelumnya. Because, tiada sesiapa yang menyambutnya. Ada la my niece and my sis Dek Ah bagi wish. Thanks a lot. Moga

::: iktibar dari sebatang pensel :::

Image
Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis. " Apa ibu sedang menulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?" " Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini." tanya si anak. " Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?" " Ya, ibu." PERTAMA , pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya. KEDUA, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menem

Tiada ucapan yang dapat kuungkapkan lagi.....

Anis nama yang diberi, cukup indah bagi sepasang suami isteri. Namun, kelahiran Anis   terlalu istimewa. Teristimewa sangat-sangat. Namun, terlalu istimewa sangat menyebabkan si ibu dan ayah tidak memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepadanya. Anis mengerti, keadaan yang sebegitu menyebabkan, dia hilang keyakinan, hilang segala semangat juang dalam kehidupan. Dia cuma untuk menjadi terbaik di mata   ayah dan ibu. Namun, hampa yang dia temui. Segala titik peluhnya, tidak dihargai. Walaupun mendapat keputusan yang baik, hanya ayah memberi respons. Ibu ntahla hendak digambarkan ketika itu. Hanya tuhan saja yang tahu pada ketika itu. Ibu sering memuji kejayaan anak orang lain. Tapi mengapa tidak memuji anak sendiri?? Anis mencelah “ depa pandai, ibubapa bagi sokongan kat depa tu. Sebab tulah mereka Berjaya. ”    Ibu pula, “ kalau depa usaha, depa Berjaya la, hampa nie[anis dan adik-beradik] kan nak ulangkaji pelajaran ka, baca buku ka, asyik-asyik tengok TV. Itu aje keja hampa. Ma

.::sayOnara.::

Image
assalamualaikum... Berkuatkuasa pada hari sabtu, 11 september 2011 at 5.45 pm tiada lagi laman sosial yang akan dilawati. Sehinggalah pada satu masa dan ketika  tuan empunya blog ini akan membuka kembali. Tiada lagi perkara yang boleh kita kongsi bersama. Tiada lagi dan lagi ilmu yang sedikit untuk dikongsi bersama.   "deactivated" buat seketika... Setelah mengambil keputusan yang sudah lama dibuat, hari ini secara rasminya telah membuat penutupan laman sosial ini. Segala kesulitan dan cadangan akan dipertimbangkan, jika ia diperlukan untuk berhubung dan penting bagi meningkatkan ukhwah yang terjalin. Sebab penutupan ini, biarlah tuan empunya sahaja yang mengetahui.Jgnlah ia menjadi isu semasa.Biarlah dia menenangkan hati buat seketika.Berikanlah dia masa untuk merehatkan jiwa dan hatinya. Oklah,setakat inilah perceritaan saya. Jika ada kesilapan, maafkan saya. Saya manusia yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Agar saya tenang melayari internet tanpa membuka l

:: PErMAta Hatiku ::

Image
assalamualaikum....  Firman Allah, “Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (al-Furqan: 74). Berdasarkan firman Allah, benarlah anak-anaklah penyejuk di mata, dekat di hati. Tatkala ku memiliki anak saudara yang hampir mencecah 8 orang. Terdiri 6 orang akhi dan 3 orang ukhti. Bersyukur sangat-sangat... Insyaallah next year, i have get twin baby. Hopefully, ia berjalan dengan lancar . Moga akak Ros dirahmati dan dipermudahkan urusan oleh ALLAH swt. Doa-doakan ye. :)    NEXT YEAR..... Mereka yang meriuhkan rumah TOK MINAH dan TOK BASIR. Tanpa mereka sunyi la rumah. Sayang mereka semua!!! Moga-moga menjadi insan yang berguna ye!  Achik da harap anak-anak buah achik jadi yang berguna  di dunia mahupun di akhirat...  Achik akan bantu sedaya achik boleh bantu!!!  Luv  All!!!