Posts

Showing posts from June, 2011

BUsy Right Now!!!

Image
Assalamualaikum.. Hello my dear blog... Sory.. Cik aida busy now... 2 minggu sekarang.. Jika cik aida ad kelapangan, cik aida akan post new entri... wokey... Banyak ag cik aida nak kongsi dengan my dear blog.. Okay nanti kita jumpa lagi.. Assalamualaikum.. my dear blog.. Luv You...hhhuhu p/s: Semoga Allah permudahkan segala perjalanan ini... kuatkanlah hati ini agar sering mengingatiMu Ya Allah.. Agar tidak terleka dan cuai dengan hal duniawi.. Amin

katAkan tiDak Kepada PUTus Asa..

Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan. Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada. Pasti akan disusuli dengan kekecewaan Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan. Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati. Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh. Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri. Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan? Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan. Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan. Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan. Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa? Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan den

MUKhayyaM

Image
Assalamualaikum.. Hello my dear blog!! i miss u... hehehehhe. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya program Mukhayyam dapat berjalan dengan lancar. Walaupun ada masalah, namun masih dapat berjalan dengan baik... Di mana Mukhayyam nie wat ye???? Lupa lak nak bagi taw awal-awal.. Mukhayyam  dijalankan di NUR LEMBAH LENGGONG, PERAK tu dia!!! best bangat.. Ketika program Mukhayyam ini dijalankan, para peserta dikehendaki menghafal  HADIS 21 : ISTIQAMAH  (ada kat bawah nie) ketika memulakan perjalanan untuk ke campsite. عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله قال: قلت یا رسول الله! قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم . Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Ak

JaNGan Biarkan lafAz iTu tersimpAn..

Image
Telah dua tahun ayah pergi meninggalkan aku dan keluarga lainnya. Tetapi terasa baru sesaat aku bersenda gurau dengannya. Masih terngiang mutiara tazkirahnya, malah nasihatnya sentiasa mengiringi perjalanan kehidupanku. Kehidupan sebagai seorang anak, jua selaku hamba Ilahi. Mujahadahku masih berterusan bagi memenuhi permintaanmu ayah, yakni berusaha menggapai kejayaan. Bukan hanya kejayaan di dunia bahkan jua di akhirat. Juga harapanmu kepada si anak adalah supaya anak-anakmu menjadi anak yang soleh dan solehah. Aku sedang berusaha ayah, dan terus berusaha. Masih segar di ingatanku pada malam seminggu sebelum pemergian ayah, aku menghubunginya seperti kebiasaanku. Selepas berbual dengan ibu, aku berborak pula dengan ayah. Wiraku. "Assalamualaikum ayah."  Sapaku. "Waalaikumussalam, apa khabar?"  jawab ayah lantas bertanyakan khabarku seperti kebiasaanya. "Alhamdulillah, saya dah mula peperiksaan syafawi Quran pagi tadi. Syukur boleh jawab semuanya, tetapi tak