Lalat lebih hebat daripada kita.

Ya, lalat lebih hebat daripada kita. Inilah adalah sambungan contoh-contoh daripada entri keajaiban AL-QURAN pada zaman ini yang pernah ditulis dan dipostkan sebelum ini.

Para penyelidik ilmu entomologi [kajian tentang serangga] telah mendedahkan bahawa lalat dibekalkan kelenjar air liur yang panjang. Apabila lalat mengambil sesuatu makanan, air liur dikeluarkan dengan cepat bagi menukarkan segera kepada bahan lain.

Sekiranya lalat mengambil sesuatu daripada kita dan kita mahu mengambilnya semula, kita tentu tidak mampu melakukannya.

Kenapa kita tidak mampu mengambil kembali benda yang diambil oleh lalat?
Ini kerana lalat segera merembeskan air liur setelah mengambilnya dan menukarkannya kepada benda lain. Sekiranya kita membunuh lalat tersebut, kemudian kita pegang dan mencari benda yang diambilnya, kita tidak menjumpainya, kita tidak akan menjumpai benda tersebut kerana ia telah bertukar kepada bahan lain.

Adakah al-quran  menyebut perkara tersebut?
Al-quran telah menyebut perkara ini dna memberikan contoh yang menunjukkan kelemahan manusia.

Firman Allah Taala:-

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). (Al-Hajj 22:73)
Mereka (yang kafir musyrik) itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan yang selayaknya (sebagaimana yang ditetapkanNya); sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.       (Al-Hajj 22:74)

Rahsia kejadian lalat ini hnaya diketahui pada zaman ini. Tidak ada seorang pun yang mengetahuinya sebelum zaman kemajuan peralatan penyelidikan sains sekiranya Nabi Muhammad s.a.w bukan seorang rasul yang diutuskan oleh Allah.

Untuk maklumat dan info yang lebih pasal lalat. Tolong tekan link ini!!! OKAY
  1. LALAT, PENYAKIT DAN RASULULLAH
  2. PENEMUAN SAINTIFIK RAHSIA LALAT.


Comments

Popular posts from this blog

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

2# Berjalan-jalan bersama kawan-kawan CIASTku..

:: TRAUMA ::