Posts

Showing posts from May, 2021

LELAKI DAMBAAN JIWA

Image
LELAKI DAMBAAN JIWA (i) Semangat membara itulah ayah inspirasi tauladan (ii) Setulus kasihnya redah dan redha demi anak berkorban (iii) Ayah insan hebat tanpa bicara terus jalan berjuang.

ALLAH SAYANG KITA

Image
Mendongak ke langit Pejamkan mata Pesan pada hati Allah tidak membebani seseorang itu Melainkan Allah tahu, kita mampu Allah tahu, kita kuat BERDAMAI lah DENGAN TAKDIR Pastinya ada hikmah di sebalik ujian ini YAKINLAH... Allah sebaik-sebaik perancang. Dalam sedar, Ujian yang hadir Memberi seribu satu hikmah Kita jauh dari-Nya Allah kembalikan kita ke jalan yang lurus Allah beri hidayah dan rahmat Di saat kita perlukan Berdoalah pada-Nya  selalu Allah berikan jawapan dan  solusi yang terbaik untuk kita. Alangkah INDAHNYA HIDUP BERTUHAN Kemanisan dan bahagia dirasai Bersyukurlah. ALLAH SAYANG KITA Pengalaman itu  mendewasakan kita  Setiap ujian yang hadir Tandanya ALLAH SAYANG KITA Terimalah ujian ini dengan redha Di sebalik ujian yang datang Pastinya ada pelangi indah yang menanti Yakinlah Allah begitu dekat dengan kita ALLAH SAYANG KEPADA HAMBA-NYA Ingatlah DIA selalu. Nur Aida Basir Seberang Jaya 23 Mei 2021

LELAKI HIMPUNAN SETIA

Image
LELAKI HIMPUNAN SETIA (i) Himpunan cerita legasi abah sebak rasa mendengar (ii) Kisah dikongsikan penuh ibrah cuba baca dan hadam (iii) Setia menanti demi tersayang moga kekal ke syurga.

LELAKI TASBIH SYURGA

Image
LELAKI TASBIH SYURGA (i) Raikan keluarga  tautan hati kasih sayang ke syurga (ii) Masa akan tiba kita berjumpa detik waktu terindah (iii) Sejauh manapun kita berada doalah untuknya

Bingkisan untuk AYAH

Image
Ayah, Engkaulah PAWANA CINTA yang sering dirindui orang di sekelilingimu. Tatkala hati gusar, Engkaulah ADIWIRA HATI yang sentiasa memujuk hati. Engkaulah juga cari solusi setiap yang berlaku Sesekali kulihat LANGIT KEJORA Rasa rindu hadir datang bertalu Maka, Kutadahkan tangan berdoa  untukmu, Semoga amal kebaikan dan jariahmu diterima Allah swt. Wahai ARJUNA HATI Terima kasih atas segala kasih dan sayang Tidak ternilai pengorbananmu. Terimalah Bingkisan cinta dari anakmu Sebuah kisah di dalam #legasi_abah. Salam sayang , Nur Aida Basir

LELAKI ARJUNA HATI

Image
LELAKI ARJUNA HATI (i) Sang arjuna hati wira tak dendang jiwa kuat semangat (ii) Duka tersembunyi ujian hadir cekal tabah harungi. (iii) Menyentuh hatiku dengar coretan sang ketua cerita.

LELAKI LANGIT KEJORA

Image
LELAKI LANGIT KEJORA (i) Merenung ke langit nampak pandangan persis abah tersenyum (ii) Bintang di langit cantik bersinar menerangi hidupku (iii) Memandang matanya tersimpan rahsia sayu hati terkenang.

LELAKI ADIWIRA PERTAMA

Image
LELAKI ADIWIRA PERTAMA (i) Dialah pertama adiwiraku kuat kental semangat (ii) Hero pertamaku luar biasa semangatnya mengalir

LELAKI PAWANA CINTA

Image
Lelaki Pawana Cinta ❤ (i) Mengimbas kenangan bersama ayah rindu datang menjelma. (ii) Terpamer gembira wajah pengkarya tunggu masa diterbit. (iii) Riang tak terkata senyum gembira kongsi kisah heroku. Salam sayang, Nur Aida Basir Padang Serai, Kedah ❤

Selamat Ulangtahun Ke-2 #DuniaPenulisan NAB

Image
Assalamualaikum sahabat semua.. Celebrate 2 in 1 hari ini. Pertama , Selamat Hari Guru. Kedua , Ulangtahun ke-2 #DuniaPenulisanNAB Walaupun masih baru, aku sedang mencari rentak penulisanku. Masih banyak ilmu penulisan perlu digali. Aku perlu mendampingi orang yang hebat. Agar dapat mengena  tempias dan auranya dalam berkarya dan menulis. Insya-Allah. Sesungguhnya, dalam tempoh dua tahun ini. Banyak ruang dan peluang dapat dikutip. Jika tahun pertama, aku menyepi. Tahun kedua, peluang dan ruang digunakan seminimum yang mungkin. Semuanya bermula dengan legasi_emak dan berguru dengan Puan Sri Diah yang kebanyakkan memanggilnya sebagai "mak". Dari situlah, aku belajar dan berguru dengan beliau.  Cara jual buku, cara menulis dan sebagainya. Walaupun belum berjumpa. Setiap ruang dan peluang yang diberikan aku terima dengan rasa amanah dan tanggungjawab. Aku taknak terjadi dahulu berulang lagi. Selain Mak Sri, aku juga berpeluang menambah ilmu dengan Bonda Nor dan para perantis ABN

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

Image
Apabila menerima mesej ini, rasa terharu. Speechless. Tak sangka pula.😭 Sudah lama tidak menerima ucapan,  "Selamat hari guru." Last terima ucapan  pun 2013,  Pada masa tu, tengah praktikal mengajar. Terima kasih Maziah Hj Mustapa . ❤ Semoga kita sentiasa menjadi guru kehidupan yang sentiasa memberi inspirasi dan manfaat pada orang lain. 🌹🌹🌹

16 Mei tiba lagi..

Image
Apa cita-cita kamu? "Cikgu, Polis , Tentera." Itulah yang ditulis dalam kad rekod semasa sekolah rendah. Apabila teringat semula. Hebat sungguh cita-citamu, Aida.  Perjuangan untuk mengajar sudah ada. Perjuangan untuk memiliki sijil pentauliahan mengajar sudah dimiliki sejak  2013. Tapi.. Kau kecundang di tengah jalan. Keyakinan untuk mengajar semakin jauh. Jauh dari  jangkauan dari kau sangka. Sungguh! Apabila meletakkan diri sebagai sang guru. Baru tahu perasaan guru. Bukan mudah mengajar. Namun kecekalan mendidik anak didik, segala ujian ditempuh dalam tempoh enam bulan saja. Masih banyak kena belajar.  Terima kasih memberi pengalaman  mengajar. Walau hanya seketika. Doakan saya, sahabat semua! Semangat dan perjuangan untuk mengajar  tidak akan  pernah luntur.   === Di saat ini, aku didik diri untuk memberi semangat, motivasi dan inspirasi  pada orang lain. Mengajar orang dengan cebisan ilmu yang ada. Semoga sedikit ilmu yang ada, dapat beri ilmu  yang bermanfaat, amal.jar

Pejuang Tinta Aksara

Image
Setiap kisah yang berlaku, pastinya ada ibrah yang dapat dikutip. Justeru itu, aksara dan bait akan menari bersamaku. Semoga tinta ini dapat memberi manfaat pada membaca. Semoga ia menjadi amal jariah yang berpanjangan kepadaku. That's right time telah tiba. Buku solo dalam proses pembikinan dan tekad saya, sempena ulangtahun penulisan pada 16 Mei.  Tahun 2019 telah bermula perjuangan dalam dunia penulisan. Doakan saya pada tahun 2022 berjaya menulis buku solo. Insya-Allah. Bismillah. Salam sayang, Nur Aida Basir Bersemangat menuju buku solo

Sedih...

Image
Assalamualaikum, semua! Sayunya malam ini. Tengah update blog ini. Semua data hilang termasuk gambar.  Nak terkata apa lagi. Inilah hadiah pembersihan sempena ulangtahun yang bakal tiba esok! Esok...  Adalah hari ulangtahun penulisan. Makanya, Suasana baru, design baru. Insya-Allah. Bersemangat untuk menulis. Maafkan daku. Hanya tinggal tulisan saja. Gambar hilang dari radar. Semoga daku dapat menjumpai semula gambar itu. Sekian. Kisah malam ini. Semoga bersemangat untuk menulis! Salam sayang, Nur Aida Basir

Menjelang DUA hari lagi!

Image
Assalamualaikum sahabat semua! Menjelang dua hari lagi, Ulang tahun saya berada di dalam dunia penulisan. Masih tak percaya! Saya sudah berada di dalam dunia penulisan. Hanya langkah pertama telah merubah segalanya. Hanya doa dari sahabat semua. Doanya dimakbulkan. Allahu Akbar! Allah sebaik-baik perancang. Dalam masa dua tahun, 10 karya berjaya telah diterbitkan dan beberapa karya masih dalam proses penerbitan. Doakan ya🤗 Jom tengok gambar dibawah. 3 karya ini berjaya masuk ke kedai buku. Speechless! Tak disangka, seorang pembantu jualan di kedai buku, berjaya menghasilkan karyanya bersama sahabat penulis lain. Teruja,bahagia dan gembira! Melihat buku di rak buku.. Jika ada yang berminat dengan naskhah ini, boleh hubungi saya. 2019, hanya bergambar didepan kinokuniya 2021 buku berjaya masuk  di sini. Speechless! Maafkan saya! Typing error sepatutnya tulis tahun 2021. Teruja punya pasal kan😂 Inilah buku pertama saya berjaya masuk di tempat kerja. Tak disangka.

Malam Kemuncak Citra Ramadan 2021

Image
Malam Kemuncak Citra Ramadan 2021 Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pengkarya  dan kru produksi atas kejayaan program Citra Ramadan yang berlangsung pada bulanRamadan. Terima kasih kepada semua yang mengikuti siaran langsung di Youtube UnIKH tadi. Mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dan tersilap kata sepanjang siaran langsung tadi. Tahniah kepada 3 pemenang utama Iftar Apa Hari Ini yang menerima panggilan mengejut pada malam raya daripada Mak Sri Diah. Puan Rajiah Hasan  Puan Marwani Ridzuan  Puan Azmin Budiati  Insya-Allah program ini akan diteruskan lagi pada bulan Syawal. Jom  hantarkan video segmen pilihan anda kepada kru produksi. Insya-Allah, kami akan bantu kongsikan kepada semua. Semoga perkongsian anda dapat memberi manfaat pada orang lain.   Insya-Allah. Kepada para panel segmen Pagi Produktif yang menanti tayangan video. Nantikan perkembangan dari saya dan Salwa Abdul Kohar . Terima kasih atas sokongan anda. ❤ Sesi Live di Malam Kemuncak Citra Ramad

Selamat kembali ke dunia BLOG!

Image
Assalamualaikum sahabat semua. Sudah lama tidak menulis di dalam blog kesayangan. Dah bersawang lamanya. Berkat 1 Syawal hari ini. Insya-Allah. Saya akan cuba berkongsi dan menulis di dalam tinta ini. Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua yang membaca. تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال *Taqabbalallahu minna wa minkum.* Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat keampunanNya. _*SALAM AIDIL FITRI 2021*_ Maaf Zahir dan Batin. Ikhlas: Nur Aida Basir Padang Serai, Kedah.