keajaiban al-quran pada zaman ini

Assalamualaikum..
Kaifa hailuk??
“Keajaiban al-quran pada zaman ini.” Apabila terperhatikan pada tajuk ini, pastinya semua tertanya-tanya. Apakah keajaibannya? Mungkin ada sesetengah sedar keajaiban al-quran telah pun muncul tanpa kita sedari. Adakala ada orang tidak sedar keajaibannya. 

Keajaiban dan mukjizat al-quran mempunyai had. Rasulullah s.a.w. telah menyebut mengenai Al-Quran: “keajaibannya tidak akan hilang.” Oleh itu Al-Quran adalah baru pada setiap masa dan mempunyai keajaibannya pada setiap masa. Ini kerana ia adalah kalam yang maha pencipta, yang maha mulia, yang maha bijaksana lagi maha yang maha meliputi ilmu pengetahuan-nya tentang semua benda. Antaranya:-

AL-QURAN MENCERITAKAN PERCUBAAN MENEROKA ANGKASA.

Penemuan yang dicatatkan oleh ilmu moden melalui kaedah, alat dan kemampuannya. Al-quran telah membincangkan sejak ratusan tahun sebelum manusia mengetahuinya. Adalah mustahil manusia boleh terbang di udara pada 200 tahun lepas. Ataupun mempercayai bahawa ada orang yang akan cuba meneroka angkasa dan melepasi lapisan udara bumi. 

Tetapi Al-Quran sejak 14 kurun yang lalu telah memberitahu bahawa usaha manusia ini akan berhasil dan Berjaya apabila mereka mempunyai alat yang membantu mereka.nnamun cubaan tersebut akan gagal pada peringkat tertentu iaitu apabila Allah menimpakan api menjulang-julang dan leburan tembaga cair ke atas mereka yang cuba untuk sampai ke tempat yang lebih tinggi. Dengan itu mereka akan gagal dan menerima kecelakaan.

Ini adalah sebagaimana yang berlaku kepada golongan jin apabila mereka berusaha untuk mencuri dengar kalam dari tempat Al- Mala’ Al A’la. Di kawasan itu, mereka akan dihalang. Had yang dibenarkan ialah sebelum memasuki kawasan yang dapat dicuri dengar dari perkhabaran dari Al-Mala’al-A’ala.

FIRMAN ALLAH TAALA:-

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! (Ar-Rahmaan 55:33)

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Ar-Rahmaan 55:34)

Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu); (Ar-Rahmaan 55:35)

FIRMAN ALLAH TAALA MELALUI LISAN JIN:-

`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala. (Al-Jinn 72:8)

`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya. (Al-Jinn 72:9

Dalam ayat di atas:-
1.       Terdapat pemberitahuan bahawa manusia dan jin akan berusaha untuk naik ke ruang angkasa. Mereka  akan cuba melepasi lapisan bumi dan langit. 
2.      Mereka akan Berjaya apabila mereka mempunyai kelengkapannya. 
3.      Allah akan memerangi mereka menggunakan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair yang membakar untuk menghancurkan mereka ketika mereka cuba mendengar berita dari Al-Mala’ Al- A’la. 
4.      Jin telah mendahului manusia dalam bidang ini. Mereka telah sampai ke tempai yang mebolehkan mereka mencuri dengar dan mereka mendapati: 
“maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.” (Al-Jinn 72:9) 
5.      Apa yang tinggal hanyalah usaha manusia untuk naik ke langit.  Pada hari ini, pelbagai usaha dilakukan oleh manusia untuk membuktikan kebenaran kenyataan al-quran.Tapi semua usaha hari in adalah untuk menembusi ruang angkasa antara langit dan bumi ,bukannya untuk menembusi langit itu sendiri. 
6.      Pada hari ini, para penyelidik berusaha bersungguh-sungguh untuk mendengar suara di angkasa. Sebahagian penyelidik berkata: mereka tidak mampu mengetahui makna tersebut kecuali apabila manusia keluar dari zon cakerawala. Kemungkinan, ini adalah kaitan yang menyebabkan mansuia cuab mencuri dengar kemudian direjam sepertimana jin direjam sebelum ini.

GELOMBANG OMBAK YANG BERLAKU DI DASAR LAUTAN.

Awal 1900, kebanyakan pengkaji laut Scandinavian memerhatikan kewujudan gelombang ombak di bawah permukaan air. Ia menghempap kapal selam sepertimana gelombang ombak di permukaan air menghempap kapal. Ini berlaku di dasar lautan dan tempat yang paling dalam. Kita mendapati bahawa al-quran menceritakan kepada kita kewujudan dua jenis gelombang ombak di lautan dalam. Ia tidak seperti sangkaan manusia tentangnya sebelum tahun 1900.

Firman Allah Taala:-
“Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis.” (An-Nuur 24:40)

Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan, betapa hebatnya Allah Taala menciptakan. Kita perlunya menjadi umat yang hebat juga supaya agama Allah dapat ditegakkan. Perkara yang salah, haruslah ditegakkan dengan kebenaran. Dunia semakin hari, semakin kacau bilau. Kita harus kembali ke landasan yang betul agar tidak salah dalam membuat sesuatu keputusan.
Wallahualam.




Comments

Popular posts from this blog

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

gATHerInG tkM

Malam Kemuncak Citra Ramadan 2021