Menggapai Bintang

Assalamualaikum.....
Kini hanya satu langkahku untuk menggapai bintang. Walau tidak sehebat manapun. Namun kugagahi jua dalam pencaturan hidupku.Kegagalanku untuk menjejak ke menari gading menyebabkan membakar semangatku untuk melangkah ke hadapan. Ku putuskan untuk mencuba nasib untuk mengambil Vocational Trainer Officer di CIAST.Apabila kumelihat ramai kawan-kawanku telah berjaya menjadi tenaga pengajar. Itu juga merupakan impianku untuk menjadi tenaga pengajar. Alhamdulillah tercapai juga impianku. Hanya beberapa langkah lagi harus kugapai bintang.Perjalananku di sini baru bermula. Untuk sekian kalinya, penghijrahanku keluar dari Penang hanya untuk 3 bulan. Namun, kulihat pelbagai ragam manusia yang ada. Hanya satu yang kupinta dariMU YA RABB, kau teguhkan iman,agar mampu berada di jalanMu. Hanya padaMu ku mengharap.Ya Allah kau berikanlah kekuatan untukku menempuhi segala rintangan di sini.Ku harap dapat menggapai bintang di langit.Insyaallah..

Ini adalah sebahagian bakal tenaga pengajar. Doakan untuk kami ya!!!

Comments

Popular posts from this blog

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

2# Berjalan-jalan bersama kawan-kawan CIASTku..

:: TRAUMA ::