Janji


Assalamualaikum… hari ini saya ingin berkongsi tentang ‘janji’. Semua orang pernah berjanji bukan? Tidak kira manusia ka, sesiapa saja ynag korang pernah berjanji. Hari ini, saya telah memenuhi saya janji dengan kawan, setelah sekian lama, baru saya dapat memenuhi janji itu. Alhamdulillah.. tapi bagaimana pulak kita dengan Allah? Kan kita telah berjanji sejak berada kandungan ibu kita. Bagaimana sekarang? Saya pun tidak mampu untuk mengikut janji itu. Malah saya juga berusaha memenuhi janji walaupun kekadang kita tidak mampu untuk  melakukannya. Betul tak kawan-kawan? At least jangan sampai kita terabai daripada melakukan nya.  Biarlah kita berusaha, insyaaallah Allah permudahkanlah segala urusan kita. Janji  itu amat berat untuk kita tanggung. Ia melibatkan tanggungjawab. andai  kata kita tersalah langkah, kepercayaan mereka kepada kita mungkin akan berkurang ataupun tiada langsung. Bagaiman pulak tanggungjawab kita kepada Allah dan Rasul?? Adakah kita melakukannya ? Ya Allah, begitu berat tanggungjawab yang ingin di galas. Namun,ku cuba sedaya upaya dalam meperjuangkankan.  Langkah demi langkah, kupelajari agar  kukuatkan  ilmu di dada agar dapat  menjawab segala persoalan  yang ditanya. Insyaallah.  Ku bersyukur menjadi insane yang terpilih  dalam memperjuangkan agama islam. Namun kuharuskan mengubah personality untuk menjadi lebih baik dan sopan mengikut persepktif Islam. More to islamic. Penghijrahan ku ini menjadi suntikan supaya dapt mengenal pelbagai ragam manusia. Malah, kusentiasa berada dengan golongan baik-baik. Kini ku  berada, golongan yang kurang pendekatan tarbiyah dan menyukarkan ku untuk bekongsi ilmu dan berada dalam usrah.Hanya sahabat-sahabt usrah yang menjadi penemanku ketika berada di sini. Al-quran dan al-mathurat penemanku disini. Agar tarbiyah tidak hilang begitu sahaja. Insyaallah,dengan semangat ini aku dapat melaksanakan sebagai khalifah di muka bumi. 

Ya Allah kau permudahkanlah urusanku dan dapat  berucap di hadapan khalayak ramai. YA Allah kau hilangkan rasa nervous  ini, agar aku dapat menyuntik ingin berucap di hadapan khalayak ramai. Malah ia menjadi kelebihanku untuk berdakwah dengan orang ramai di masa hadapan. Kau makbulkan doa hambamu ini. Hanya padaMu ku berserah. Amin ya rabbal Alamin.


nota kaki:- entri jika terkurang, terkasar or salah ka. Hrap dimaafi. kerana yang salah datang dari saya, yang baik daripada Allah s.w.t. Entri kali hanya opinion saya. Harap makluM. 


Comments

Popular posts from this blog

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

2# Berjalan-jalan bersama kawan-kawan CIASTku..

:: TRAUMA ::