Muhasabah

Assalamualaikum wbt...

Sudah lama tidak bertanya kabar blogku...Sihatkah dia? Sudah lama tidak diisi  dengan ilmu yang bermanfaat untuk blogku. Kesibukan kerja menyebabkan kemalasan diriku untuk menulis entri.Semakin hari jiwaku, semakin kosong.. YA ALLAh!!!!Aku rinduku tarbiyyah, usrah dan program-program islamic. Sudah tidak konsisten  sejak bekerja nie. Aduih... Mungkin ini adalah sebahagian darpada ujianMu untuk hambaMu. Padahal ad ja kesempatan untuk pergi program. MASA ITU EMAS.. Kuharus melakukan perancangan yang rapi supaya ia tidak merundum dengan teruk. Ku harus mulakan semula segala yang sering dilakukan..


Bila teringat petikan di bawah nie, teringat ketika pergi ke mesyuarat IKRAM 2012. Ia juga sering kita lupakan. So,  saya kena lakukan mulai sekarang... Semoga Allah permudahkan...


_____________________________
Sahabat-sahabat selalu tak rasa lapar?
Tiap-tiap hari lapar.
Kalau ikut diet pemakanan yang betul, makan 5 kali sehari. Mesti~~
Lapar je, makan. Lapar je, makan.

Tapi roh kita?
Macam mana jasad kita perlu makan tiap-tiap hari dan kerap, macam tu juga dengan roh kita.
Kalau jasad kita ni, tak cukup makan nasi, nak juga makan benda-benda ringan seperti gula-gula, minum air manis, cokelat..

Macam tu juga roh kita, tak cukup dengan solat fardu, lalu ditambah dengan solat sunat, baca quran, berzikir.

Roh kita pun nak juga 'desserts' lepas 'menu utama' (solat fardu.)

Kesianlah kat roh kita yang merintih nak 'makan' lebih tu. Biar roh 'gemuk', takpe.
Mari buktikan, kita bukan orang yang zalim pada roh kita, biarkan saje roh kita tanpa 'makanan bergizi'.

Salam muhasabah untuk semua dan diri saya
....


_______________________________________________________________



Comments

Popular posts from this blog

LELAKI DAMBAAN JIWA

Bingkisan untuk AYAH

Malam Kemuncak Citra Ramadan 2021