:::: Sanah Helwa ::::


Assalamualaikum..
Kaifa Hailuk? [Apa khabar?]

おげんき ですか? [Sihatkah?]
Entri kali  special sikit because today is sanah helwa : NUR AIDA BINTI BASIR. Dah besar pun dia… Dah leh kawen dah pun.... Tapi calon x da lagi…. Hehe….


Jom flashback ,

TENTANG SAYA:-


·          NAMA:- NUR AIDA BINTI BASIR
·          UMUR:-21 TAHUN
·         TARIKH LAHIR:- 18 September 1990 BERSAMAAN 27 SAFAR 1411H PADA 12.11 TENGAH HARI
·         DILAHIRKAN:- HOSPITAL DAERAH BUKIT MERTAJAM
·         NAMA IBU DAN AYAH:- HAMINAH BINTI AHMAD & BASIR BIN DAK
·         TINGGAL:- PULAU PINANG [ sejak dr kecil lg memang dok penang la]
·         PENDIDIKAN:- UPSR, PMR, SPM DAN DIPLOMA [tempat study semuanya  kat penang, x diizinkan  tuk  berhijrah lagi]

P/S: CUKUP KOT PASAL DIRI MISZ AIDA…HAHAHHA

Sempena  sanah helwa kali ini, tiada yang special sangat seperti tahun-tahun sebelumnya. Because, tiada sesiapa yang menyambutnya. Ada la my niece and my sis Dek Ah bagi wish. Thanks a lot. Moga Kalian juga dirahmati juga. Amin.

Dengan peningkatan umur misz aida nie, moga  bertambah cekal dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Moga-moga Berjaya di dunia dan akhirat. Moga-moga segala impian dan hasratku akan tercapai. Insyaallah. Malah, dimurahkan rezeki , dipermudahkan segala urusanku selalu dan Berikanlah kekuatan kepada Misz aida untuk terus maju ke hadapan tanpa mengenal erti kalah!!!

Oklah, setakat ini sahaja entri pasal “Sanah helwa”.




Comments

  1. Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


    Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


    Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


    Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


    Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


    Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


    Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


    Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

    Amin Ya Rabbul Alamin.

    ReplyDelete
  2. semoga dikurniakan keberkatan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa dikurniakan taufik dan hidayah serta dipermudahkan urusan jodoh..cinta atas dasar iman dan taqwa insyaAllah!

    ReplyDelete
  3. Harap2 tak terlambat lagi. Selamat hari lahir. Semoga diberi keberkatan dan rezeki yang melimpah. Amin.

    ReplyDelete
  4. ummu muhammad:-insyaAllah.Jzk
    Hidayati:-Amin.Jzk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

gATHerInG tkM

LELAKI DAMBAAN JIWA