Tiada ucapan yang dapat kuungkapkan lagi.....

Anis nama yang diberi, cukup indah bagi sepasang suami isteri. Namun, kelahiran Anis  terlalu istimewa. Teristimewa sangat-sangat. Namun, terlalu istimewa sangat menyebabkan si ibu dan ayah tidak memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepadanya. Anis mengerti, keadaan yang sebegitu menyebabkan, dia hilang keyakinan, hilang segala semangat juang dalam kehidupan. Dia cuma untuk menjadi terbaik di mata  ayah dan ibu. Namun, hampa yang dia temui. Segala titik peluhnya, tidak dihargai.

Walaupun mendapat keputusan yang baik, hanya ayah memberi respons. Ibu ntahla hendak digambarkan ketika itu. Hanya tuhan saja yang tahu pada ketika itu. Ibu sering memuji kejayaan anak orang lain. Tapi mengapa tidak memuji anak sendiri??

Anis mencelah depa pandai, ibubapa bagi sokongan kat depa tu. Sebab tulah mereka Berjaya. ” 
 
Ibu pula, “ kalau depa usaha, depa Berjaya la, hampa nie[anis dan adik-beradik] kan nak ulangkaji pelajaran ka, baca buku ka, asyik-asyik tengok TV. Itu aje keja hampa. Macam mana nak Berjaya..

Anis berkata dalam hati, “ ibu nie, asyik-asyik nak menyalahi kami[anis dan adik-beradik]. Macam mana nak belajar. Asyik-asyik kena berleter. Hilang la mood nak belajar. Hilang segala semangat nak Berjaya. Ibu bagi la sikit semangat kat kami nie. At least ada juga dihargai dan disayangi. 

Anis terus mendiamkan diri, sambil merenungkan masa depan yang tidak pasti. Kehidupan di dalam keluarga bagai sunyi dalam sepi. Tiada kebahagiaan yang ditemui. Tiada rasa kasih sayang yang dirasai oleh ibu, ayah dan keluarga. Malah, ukhwah didalam keluarga pun dapat dirasai begitu hambar.

Sehinggalah, Anis meningkat dewasa dan bangkit untuk berjaya. Anis ingin keluar dari perkampungan yang duduki sekarang. Ingin menimba ilmu pengetahuan dan hidup negeri orang. Namun, kepercayaan dan keyakinan mereka kepada Anis begitu hambar sekali. Adakah mereka hanya ingin Anis duduk di situ sahaja? Tiada perubahan la begitu pada si Anis. Namun, Anis menerimanya. Itulah prinsip Anis, tidak mahu melawan dengan orang tuanya. Tapi adakah mereka memahami perasaan si anak kecil ini? Anis memendamkan rasa, biarlah hati ini dilukai. Tiada siapa yang mengetahui isi hatinya.

Anis melupakan perasaannya dan terus mengikuti sahaja permintaaan mereka. Namun, sejak melanjutkan pelajaran, Anis telah mengikuti usrah. Anis mendapat banyak input dan outputnya. Anis Cuma  think positive”. Akibat kurang didikan agama, Anis cuba memahami dan mengaplikasikan. Anis hanya ingin keluarganya juga dapat mendalami agama yang begitu jahilnya tentang agama. Anis berasa sukar apabila membicarakan sesuatu dengan ahli keluarga. 

Anis redha dan terima dengan hati terbuka. Mungkin ada hikmahnya yang tersendiri. Malah, setiap langkah Anis kehadapan, ia hanya ingin mencari keredhaan dan keberkatan dari ibu dan ayahnya.  Tiada ucapan untuk Anis ungkapkan selain doa dan bermunajat pada Yang Maha Satu [ALLAH] supaya membukakan hati dan memberi petunjuk kepada ahli keluarga yang Anis kasihi.

Setiap pencaturan hidup manusia , telah diaturkan. Manusia hanya merancang Allah jua yang merencanakan. Ibarat pen dan pemadam. Kita menggunakan pen untuk merancang. Namun, pemadam jua akan memadam segala rancangan yang tidak diperlukan. Fikir-fikirlah.



Firman Allah Ta’ala:-

“Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi [dari segala sifat kekurangannya]. Yang telah menciptakan [sekalian makhlu-Nya] serta menyempurnakan kejadian dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya. Dan yang telah mengatur [keaddan makhlukNya] serta memberikan hidayah petunjuk [ke jalan keselamatan dan kesempurnaan].” [al-A’laa:1-3]

“ Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan menentukan takdir yang sempurna.” [al-Furqan:2]

“Dan tiap-tiap sesuatu adalh ditetapkan disisi-Nya dengan kadar yang tertentu.” [ar-Ra’d:8]

p/s:
Inilah adalah penulisan mata pena.. Tiada kena mengena yang hidup mahupun sudah mati. Segala cadangan atau penambaikan bolehlah komen di entri. Penulis ini hanya menulis untuk memenuhi masa lapangnya. Jzkk. 


Comments

Popular posts from this blog

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

gATHerInG tkM

LELAKI DAMBAAN JIWA