Titik PermulaaN..

Assalamualaikum..

Bersyukur ke hadrat Ilahi..Dengan limpahnya  dan kurniaNya di beri ruang untuk kita bernafas dan menghirup udara yang bersih. Malah, kita perlu menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita dengan sebaik mungkin.
Cuba kita bayangkan :-

"jika kita menutup hidung dan mulut untuk temph seminit atau dua minit. Ketika itu, kita akan mengetahui betapa pentingnya udara dalam kehidupan kita. Ini kerana ia mengandungi gas oksigen yang kita perlukan. Sekiranya tiada udara, manusia akan mati dalam  beberapa minit. Begitu juga semua binatang yang bernafas.  Fikirlah, adakah kita mampu hidup walaupun untuk beberapa minit sahaja tanpa nikmat udara yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada kita bersyukur? Fikirlah, adakah kita telah melakukan kewajipan bersyukur kepada Tuhan kita?

Renung-renungkanlah.. So, hargailah nikmat-nikmat yang Allah swt bagi kepada kita. Bersyukurlah.. Lakukanlah segala suruhan dan tinggalkan segala laranganNya..

p/s: 
Percubaan pertama dalam menulis artikel..Segala kelemahan dan kekurangan amat dikesali. Diharap segala kesalahan yang terdapat di dlam blog. Bolehlah komen.. Semoga  ia dapt memperbaiki dari masa ke semasa Insyaallah

Comments

Popular posts from this blog

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

LELAKI DAMBAAN JIWA

gATHerInG tkM