Nikmat BerJalan..


Soalan: Kenapakah kemampuan manusia untuk bergerak dianggap sebahagian daripada nikmat Allah?

Jawapan: Terdapat kehidupan yg tidak dpt bergerak spt tumbuh-tumbuhan & sesetengah binatang. Tapi Allah telah memberi nikmat bergerak yg mempunyai faedah besar kpd manusia.contohnya:-
  • ·         Manusia dapat cari rezeki,mengumpul makanan, minuman,pakaian dan bina tempat tinggal
  • ·         Manusia dpat elak dr bencana  dr tinggal tmpat berbahaya
  • ·         Manusia dpt ilmu pengetahuan dan pengalaman yang hanya dapat diperolehi dgn bergerak dan berpindah randah.
  • ·         Manusia dapt mengenali  dengan pelbagai kaum.
  • ·         Dpt nikmati ciptaan allah
  • ·         Seseorg dpt kecapi kehidupan yg sebenar


Oleh itu, Allah Taala telah menciptakan tapak kaki untuk kita bergerak, biji mata untuk melihat dan memandu kita ketika dalam perjalanan, dan menjadikan bumi sesuai untuk kita bergerak di atasnya. Allah taala juga 
menyuruh kita supaya bergerak ke seluruh pelusuk dunia.

Firman Allah:-
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya).
>>>Surah Al-Mulk:15<<<

Pernahkah kita berfikir, betapa hebatnya nikmat tapak kaki. Dengan kaki, kita mampu bergerak untuk berjalan, mencari ilmu dan sebagainya. Betul tak????  Tapi dimanakah tapak kaki kita berjalan sepanjang kehidupan kita menuju kebaikan atau keburukan. Cuba bayangkan andai tapak kaki kita haus apa kita nak buat?? Tapi bila tapak kasut haus... Beli ja yg lain .. Betul tak kawan2???  Renung- renungkanlah... Hargailah segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.. Carilah keredhaanNya...Wallahualam..

Sumber :- Buku Usrah 

Comments

Popular posts from this blog

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

LELAKI DAMBAAN JIWA

gATHerInG tkM