~fasTabiqul KhaiRaT~

الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
            Salam ukhwah kepada sidang pembaca yang dikasihi dan dirahmati Allah S.W.T. Selamat kembali untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu demi mencari keredhaan Allah s.w.t. Mungkin ada dalam kalangan sidang pembaca sedang  sibuk  menduduki ujian dalam masa terdekat ini. Semoga berjaya !

Sidang pembaca yang dimuliakan,
      Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, berfirman,“Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan.”

      Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Pemimpin yang bagaimanakah yang mendapat pertolongan dan diredhai Allah? Secara dasarnya Allah tidak memberi ‘cek kosong’ kepada para pemimpin, sebaliknya yang diberikan kepada mereka adalah amanah dan tanggungjawab. Antara tanggungjawab itu ialah ‘mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar.’

Sidang pembaca yang dimuliakan,
      Adakah kita hanya memilih pemimpin berdasarkan   populariti, ikatan kekeluargaan, persahabatan atau latar    belakangnya yang mempunyai ciri-ciri dan gaya seorang  pemimpin. Ini terpeluang untuk kita menilainya dari pelbagai aspek. Namun begitu tidak semua pemimpin mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Sebahagian pula melaksanakannya. Seandainya kita membaca sejarah kepimpinan tokoh Islam terdahulu  seperti Khalid Al-Walid, Imam Al- Ghazali dan Khadijah bin Khuwailid kita akan mendapati mereka tidak gentar dalam memperjuangkan Islam walaupun mereka sanggup menggadai harta benda dan nyawa mereka demi Islam. Ia berbeza dengan pemimpin sekarang yang berlumba-lumba mengumpul harta dan kuasa.

            Seandainya dalam memilih kawan dan pasangan hidup kita dipesan  agar berhati-hati, apatah lagi dalam memilih pemimpin. Maka dalam konteks memilih pemimpin ia sudah pasti lebih dituntut lagi kerana isunya adalah lebih besar dan kesannya lebih meluas. Dalam surah Al-Baqarah ayat 124, Allah berfirman, Berkata Allah (kepada Ibrahim), “Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia.” Berkata Ibrahim, “Dan juga dari keturunanku.” (Berfirman Allah), “Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim.”  Kesimpulannya, pemimpin perlu diingatkan dan difahami betapa pentingnya tanggungjawab bukan hanya pada pengikutnya malah apa yang penting ialah dia bertanggungjawabnya kepada kepada Allah S.W.T di akhirat nanti! Sehingga kita bertemu kembali. Siiru ‘ala barakatillah.
  
p/s:
Coretan di atas adalah mata pena ketika menjadi editor al munzir  di Jepun Malaysia Technical Institute. Inilah adalah permulaan ketika menjadi editor... x tahu la nak kata.. Bgaimana terpilih mjadi editor nie... Pas2 kena   cri  2 lagi sahabat untuk menjadi sebahagian editor... Alhamdulillah, akhirnya menjumpainya juga Syuhada & Aina.. Thanks kepada ustazah kerana banyak membantu dan memberi kepercayaan kepada kami bertiga..

Comments

Popular posts from this blog

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

2# Berjalan-jalan bersama kawan-kawan CIASTku..

:: TRAUMA ::