Posts

mungkin mereka tidak tahu

Assalamualaikum wbt... "Mungkin mereka tidak tahu, aku juga punya hati dan perasaan. M ungkin mereka tidak tahu , aku juga tahu erti tersinggung dengan setiap patah bicara mereka. Mungkin mereka tidak tahu, aku juga tahu erti terluka dengan kata-kata mereka. Mungkin mereka tidak tahu, aku cuma insan biasa yang tak mampu untuk bertahan dengan perlakuan mereka. Mungkin mereka tidak tahu, aku ialah seorang insan yang lemah imannya, lantas kepercayaanku kepada mereka boleh lenyap cuma dalam sekelip mata. Dan aku yakin, mereka memang tidak tahu kerana mereka bukan aku." aku mohon, jangan biarkan gelaran ‘tidak thiqah’ melekat pada diri kalian. :|

mengharungi kehidupan

Assalamualaikum wbt Belajar DIAM dari banyaknya BICARA, Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN, Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG, Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN, Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN, Belajar TAWAKKAL dari UJIAN, Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..