16 Mei tiba lagi..

Apa cita-cita kamu?

"Cikgu, Polis , Tentera."

Itulah yang ditulis dalam kad rekod semasa sekolah rendah.

Apabila teringat semula. Hebat sungguh cita-citamu, Aida. 

Perjuangan untuk mengajar sudah ada.
Perjuangan untuk memiliki sijil pentauliahan mengajar sudah dimiliki sejak  2013.

Tapi..
Kau kecundang di tengah jalan.

Keyakinan untuk mengajar semakin jauh.
Jauh dari  jangkauan dari kau sangka.

Sungguh!
Apabila meletakkan diri sebagai sang guru.
Baru tahu perasaan guru.
Bukan mudah mengajar.
Namun kecekalan mendidik anak didik, segala ujian ditempuh dalam tempoh enam bulan saja.

Masih banyak kena belajar. 
Terima kasih memberi pengalaman  mengajar. Walau hanya seketika.

Doakan saya, sahabat semua!
Semangat dan perjuangan untuk mengajar  tidak akan  pernah luntur.  

===
Di saat ini, aku didik diri untuk memberi semangat, motivasi dan inspirasi  pada orang lain.

Mengajar orang dengan cebisan ilmu yang ada.
Semoga sedikit ilmu yang ada, dapat beri ilmu  yang bermanfaat, amal.jariah yang berpanjangan.

===
Di hari berbahagia ini, terima kasih kuucapkan pada guru yang banyak mengajar, mendisplin  diri dan ilmu kehidupan.

🌼SK Permatang to' Kandu
🌼SMK Penanti
🌼SMT Seberang Perai
🌼Japan Malaysia Technical Institute (JMTI)
🌼CIAST, Shah Alam
🌼Dunia Kerja (Akty, Hasani)
🌼Guru Penulisan (mak Sri Diah Shaharuddin , Bonda Nor, Tuan Zamri dan lain-lain)

Terima kasih atas ilmu yang diberikan. Semoga Allah berikan ganjaran pahala yang berterusan, diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat serta dibawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Comments

Popular posts from this blog

gATHerInG tkM

LELAKI DAMBAAN JIWA

Bingkisan untuk AYAH