Selamat Ulangtahun Ke-2 #DuniaPenulisan NAB




Assalamualaikum sahabat semua..

Celebrate 2 in 1 hari ini.
Pertama, Selamat Hari Guru.
Kedua, Ulangtahun ke-2 #DuniaPenulisanNAB

Walaupun masih baru, aku sedang mencari rentak penulisanku. Masih banyak ilmu penulisan perlu digali.

Aku perlu mendampingi orang yang hebat. Agar dapat mengena  tempias dan auranya dalam berkarya dan menulis. Insya-Allah.

Sesungguhnya, dalam tempoh dua tahun ini. Banyak ruang dan peluang dapat dikutip.

Jika tahun pertama, aku menyepi.

Tahun kedua, peluang dan ruang digunakan seminimum yang mungkin.

Semuanya bermula dengan legasi_emak dan berguru dengan Puan Sri Diah yang kebanyakkan memanggilnya sebagai "mak".

Dari situlah, aku belajar dan berguru dengan beliau.  Cara jual buku, cara menulis dan sebagainya. Walaupun belum berjumpa.

Setiap ruang dan peluang yang diberikan aku terima dengan rasa amanah dan tanggungjawab.

Aku taknak terjadi dahulu berulang lagi.

Selain Mak Sri, aku juga berpeluang menambah ilmu dengan Bonda Nor dan para perantis ABN.

Disinilah aku belajar banyak benda. Banyak yang merubah tingkah dan sikap untuk memberi. Ukhwah berada dalam lingkaran ini membuatkan aku suka dan bahagia.

Sungguh!
Asbab doakan kudulu.
Allah makbulkan pada the right time.
Temukanlah aku dengan circle yang positif dan membahagiakan.

Syukur, Alhamdulillah.

Malah, aku bersyukur juga dapat bersama-sama beberapa grup penulisan yang besar. AID CONFERENCE, NUHA, WACANA KISMY, SEKOLAH PENULISAN RAMADAN dan grup yang lain.

Apabila direnungi dalam dua tahun berkecimpung, aku berjaya menerbitkan 10 karya dan terdapat beberapa karya dalam proses penerbitan.

Malah, aku juga mendapat anugerah karya terpantas AID CONFERENCE dan menjadi kru produksi TV UnIKH.

AllahuAkbar.
Tiada daya, melainkan dengan izin Allah.

Sesungguhnya, aku hanya merancang sedikit. Allah berikan rancangan yang terbaik untukku.


Asbab ke PBAKL pertama kali. Allah bukakan jalan bagiku. Hasil dorongan dan semangat dari Kak Na. 

Aku ada coretkan  kisah ini dalam karya CORAT CORET PBAKL 2019.  Nak tahu kena dapatkan naskhah ini🙈

Okaylah, sampai di sini penghargaan sempena ulangtahun #DuniaPenulisanNAB.

Ada rezeki, aku cuba ingat semula journey dalam dunia penulisan. Aku cuba tulis dan kongsikan. 

Inilah 10 karya yang berjaya diterbitkan dalam dua tahun berkecimpung. Masih panjang perjalanan ini.

Doakan ya. Semoga setiap karya ini memberi manfaat pada pembaca.

Salam sayang,
Nur Aida Basir
Berimpian untuk menulis buku solo.
16 Mei 2021


Comments

Popular posts from this blog

gATHerInG tkM

LELAKI DAMBAAN JIWA

Bingkisan untuk AYAH