♥ Man jadda wa jada ♥

 

Ketika  melihat status di FACEBOOK  [ man jadda wa jada] .. terasa aura pada perkataan itu..

Namun, beberapa selepas itu terasa ingin menonton siaran TV AL-HIJRAH  pada ketika itu  rancangan “man jadda wa jada”. Terlihat pulak maksudnya “ sesiapa yang berusaha pasti Berjaya.” Justeru itu, tagline itu “man jadda wa jada” akan menjadi pembakar semangat untuk diri sendiri. Walaupun, sebelum ini terlalu banyak dugaan yang harus ku tempuh menyebabkan keputusan semester ku jatuh merudum. Alhamdulillah, syukur setelah kegagalan itu. Bangkit semula, dan keputusan berada di tahap selesa. Namun, keputusan itu bukanlah sebenar yang betul. Tapi bantuan dari orang lain.. Bukan usaha sendiri.

Jika ditakdirkan melanjutkan pelajaran mahupun bekerja, aku ingin usaha aku sendiri walaupun benda itu mudah remeh ataupun susah. Yang penting NIAT KERANA ALLAH. Insyaallah ALLAH permudahkanlah segala urusan kita.
 
Ketika meninjau mencari  [man jadda wa jada], terlihat pada artikel ini merasakan bagai ada kena mengena dengan saya. Jom kita lihat:-

“Tapi saya…” jika kita masih suka mengatakan “tapi” sebagai dalih tidak berusaha, ertinya kita belum bersungguh-sungguh. Mungkin dalih kita benar, tetapi kita tidak akan meraih apa yang kita inginkan.

Jika kita memang bersungguh-sungguh...Insyaallah Allah akan permudahkan untuk kita capai. Akan selalu ada jalan untuk selesai masalah. Kekuatan mental dan fizikal cukup untuk kita mengatasi masalah kita walau sebesar manapun masalah kita.

“Semua orang memiliki potensi yang sama, yang berbeza ialah sejauh mana kita menggunakan potensi tersebut. Sejauh mana kita menanamkan man jadda wa jada dalam kehidupan kita.”

Comments

Popular posts from this blog

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

LELAKI DAMBAAN JIWA

gATHerInG tkM