5 BONUS KHAS RAMADHAN...

Assalamualaikum..
Selamat malam..
Salam Ramadhan..
Hari nie dah masuk hari ke-4 puasa..
Syukur alhamdulillah kita telah diberi ruang untuk hidup dan dipanjang umur oleh ALLAH s.w.t untuk menyambut bulan ramadhan yang mulia. Di samping itu, kita mengerjakan ibadah dan amalan yang perlu dilaksanakan oleh seorang umat Islam. Insyaallah dengan sebaik mungkin.
Di sini juga, eda ingin kongsi DOA UNTUK HARI KEEMPAT PUASA DAN 5 BONUS RAMADHAN:-


اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ

وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ



Yaa Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan
perintah-perintah-Mu, dan berilah aku manisnya berdzikir mengingat-Mu.
Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-Mu, dengan
kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu,
wahai Dzat Yang Maha
Melihat.

 5 BONUS KHAS RAMADHAN :-
Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan itu :
BONUS 1
  • Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
BONUS 2
  • Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka puasa
BONUS 3 
  • Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari. Firman:  " Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu." (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat )
  BONUS 4
  • Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas  seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
 BONUS 5
  • Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).
  • Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w : " Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab : "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahala seuasi menyelesaikan amalnya. " (Riwayat Ahmad) 

Comments

Popular posts from this blog

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

gATHerInG tkM

2# Berjalan-jalan bersama kawan-kawan CIASTku..