:: TRAUMA ::

Di suatu petang....
  
Di dalam sebuah rumah, terdapat sebuah keluarga kecil yang terdirinya parent dan anak-anaknya. Ketika itu, si Anis yang baru lepas bermain dengan kawan-kawannya pulang ke rumah dalam keadaan belemoih. 

Ibu : Anis....Anis....Anis....
Anis: Ya, ibu.
Ibu: Pergi mandi sekarang??? CEPAT!!! Kalau lambat ibu rotan dengan batang paip.
Anis: Jap g la ibu.... Anis nak rehat jap..
Ibu: Ok.

Ketika ibu menjengah masuk ke bilik, ibu terlihat Anis tidak mandi lagi..Dah nak dekat maghrib. Tak mandi lagi. Apa nak jadi nie, Anis..Anis... Anis ??? Apa lagi darah ibu meluap naik. Ibu pergi ke dapur dan mengambil batang paip untk merotan Anis.

Ibu memanggil berkali-kali dan menyuruh Anis pergi mandi. Tetapi Anis tidak menyahut lagi akibat keletihan bermain tadi. Darah ibu meluap naik. Anis yang tidak terjaga itu. Terus terjaga. Akibat ibu terus merotannya tanpa menanya banyak soal. Tiada belas kasihan. Hanya airmata peneman Anis ketika itu. Ibu terus heret Anis ke bilik air untuk mandi. Tapi Anis tak mahu. Ibu terus rotan.

Hinggalah ayah masuk ke rumah, ayah terus ke bilik air dan melihat apa yang terjadi??? Ayah memarahi ibu kerana melakukan perkara seperti itu.. 

Ibu marah dan menyatakan  kepada ayah. “ baguihla berpihak pada anak. Anak buat salah. Bela.”

Namun, ayah tidak membalasnya. 

Ayah, memujuk Anis untuk mandi. Anis pun mendengar kata ayah.

Dalam hati Anis berkata, " besar sangat ka kesalah aku, sehingga kena rotan. Kalau adik-beradik lain x pula kena rotan. Apa istimewa mereka berbanding aku???  Adakah aku telah dilahirkan begitu yang mungkin digolong sebagai istimewa?? Ibu berasa malu. Mempunyai anak sebegini.."

Tapi dalam kedukaan Anis terpalit rasa sedih, kecewa kerana dia tidak dilayan seperti adik- beradik lain. Dia selalu dirotan hinggalah dia rasa tiada makna duk dalam keluarga. Dia akui akibat kurang didikan agama. menyebabkan dia rasa begitu. Jauh daripada MAHA PENCIPTA.. Namun dia redha apa yang terjadi padanya.

Sejak melanjutkan pelajaran, Anis bersyukur kerana Allah perdengarkan kata-katanya. Dengar segala luahan rasa hatinya. Anis mengikuti usrah di tempat pengajian. Malah sebagai modul tarbiyyahnya dalam mendekatkan diri kepada Allah dan membentuk insan yang berguna. Segala persoalannya pada zaman kanak-kanaknya telah terjawab. Apabila Anis mengenang kisah silam, dia berasa begitu trauma. Dia berusaha untuk melupakan kisah silamnya dan memulakan kehidupan baru. Bak kata pepatah “ buang yang keruh ambil yang yang jernih”.


Monolog hati:-
Ketika hati mencari Pencipta, terpalit pelbagai persoalan dibelenggu di fikiran. Namun, Allah mengatur langkah untukku. Bersyukur kerana menjadi insan terpilih. Namun kusedar, tiada perkara yang mudah untuk kita dapati Kecuali dengan berusaha. Insyaallah, Allah permudahkan segala urusan kita.

 p/s:
Ceritera diatas tidak ada kena mengena dengan sesiapapun.Just rekaan semata-mata. Don't worried. Please enjoy for entri. Bukanlah penulis berkaliber, penulis yang suka menulis atas sekadar untuk menghiburkan hati yang tengah berduka lara.Segala cadangan for this entri pun okey..hehehe

Comments

Popular posts from this blog

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

LELAKI DAMBAAN JIWA

gATHerInG tkM