Posts

LELAKI PAWANA CINTA

Image
Lelaki Pawana Cinta ❤ (i) Mengimbas kenangan bersama ayah rindu datang menjelma. (ii) Terpamer gembira wajah pengkarya tunggu masa diterbit. (iii) Riang tak terkata senyum gembira kongsi kisah heroku. Salam sayang, Nur Aida Basir Padang Serai, Kedah ❤

Selamat Ulangtahun Ke-2 #DuniaPenulisan NAB

Image
Assalamualaikum sahabat semua.. Celebrate 2 in 1 hari ini. Pertama , Selamat Hari Guru. Kedua , Ulangtahun ke-2 #DuniaPenulisanNAB Walaupun masih baru, aku sedang mencari rentak penulisanku. Masih banyak ilmu penulisan perlu digali. Aku perlu mendampingi orang yang hebat. Agar dapat mengena  tempias dan auranya dalam berkarya dan menulis. Insya-Allah. Sesungguhnya, dalam tempoh dua tahun ini. Banyak ruang dan peluang dapat dikutip. Jika tahun pertama, aku menyepi. Tahun kedua, peluang dan ruang digunakan seminimum yang mungkin. Semuanya bermula dengan legasi_emak dan berguru dengan Puan Sri Diah yang kebanyakkan memanggilnya sebagai "mak". Dari situlah, aku belajar dan berguru dengan beliau.  Cara jual buku, cara menulis dan sebagainya. Walaupun belum berjumpa. Setiap ruang dan peluang yang diberikan aku terima dengan rasa amanah dan tanggungjawab. Aku taknak terjadi dahulu berulang lagi. Selain Mak Sri, aku juga berpeluang menambah ilmu dengan Bonda Nor dan para perantis ABN...

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

Image
Apabila menerima mesej ini, rasa terharu. Speechless. Tak sangka pula.😭 Sudah lama tidak menerima ucapan,  "Selamat hari guru." Last terima ucapan  pun 2013,  Pada masa tu, tengah praktikal mengajar. Terima kasih Maziah Hj Mustapa . ❤ Semoga kita sentiasa menjadi guru kehidupan yang sentiasa memberi inspirasi dan manfaat pada orang lain. 🌹🌹🌹

16 Mei tiba lagi..

Image
Apa cita-cita kamu? "Cikgu, Polis , Tentera." Itulah yang ditulis dalam kad rekod semasa sekolah rendah. Apabila teringat semula. Hebat sungguh cita-citamu, Aida.  Perjuangan untuk mengajar sudah ada. Perjuangan untuk memiliki sijil pentauliahan mengajar sudah dimiliki sejak  2013. Tapi.. Kau kecundang di tengah jalan. Keyakinan untuk mengajar semakin jauh. Jauh dari  jangkauan dari kau sangka. Sungguh! Apabila meletakkan diri sebagai sang guru. Baru tahu perasaan guru. Bukan mudah mengajar. Namun kecekalan mendidik anak didik, segala ujian ditempuh dalam tempoh enam bulan saja. Masih banyak kena belajar.  Terima kasih memberi pengalaman  mengajar. Walau hanya seketika. Doakan saya, sahabat semua! Semangat dan perjuangan untuk mengajar  tidak akan  pernah luntur.   === Di saat ini, aku didik diri untuk memberi semangat, motivasi dan inspirasi  pada orang lain. Mengajar orang dengan cebisan ilmu yang ada. Semoga sedikit ilmu yang ada, dap...

Pejuang Tinta Aksara

Image
Setiap kisah yang berlaku, pastinya ada ibrah yang dapat dikutip. Justeru itu, aksara dan bait akan menari bersamaku. Semoga tinta ini dapat memberi manfaat pada membaca. Semoga ia menjadi amal jariah yang berpanjangan kepadaku. That's right time telah tiba. Buku solo dalam proses pembikinan dan tekad saya, sempena ulangtahun penulisan pada 16 Mei.  Tahun 2019 telah bermula perjuangan dalam dunia penulisan. Doakan saya pada tahun 2022 berjaya menulis buku solo. Insya-Allah. Bismillah. Salam sayang, Nur Aida Basir Bersemangat menuju buku solo

Sedih...

Image
Assalamualaikum, semua! Sayunya malam ini. Tengah update blog ini. Semua data hilang termasuk gambar.  Nak terkata apa lagi. Inilah hadiah pembersihan sempena ulangtahun yang bakal tiba esok! Esok...  Adalah hari ulangtahun penulisan. Makanya, Suasana baru, design baru. Insya-Allah. Bersemangat untuk menulis. Maafkan daku. Hanya tinggal tulisan saja. Gambar hilang dari radar. Semoga daku dapat menjumpai semula gambar itu. Sekian. Kisah malam ini. Semoga bersemangat untuk menulis! Salam sayang, Nur Aida Basir

Menjelang DUA hari lagi!

Image
Assalamualaikum sahabat semua! Menjelang dua hari lagi, Ulang tahun saya berada di dalam dunia penulisan. Masih tak percaya! Saya sudah berada di dalam dunia penulisan. Hanya langkah pertama telah merubah segalanya. Hanya doa dari sahabat semua. Doanya dimakbulkan. Allahu Akbar! Allah sebaik-baik perancang. Dalam masa dua tahun, 10 karya berjaya telah diterbitkan dan beberapa karya masih dalam proses penerbitan. Doakan ya🤗 Jom tengok gambar dibawah. 3 karya ini berjaya masuk ke kedai buku. Speechless! Tak disangka, seorang pembantu jualan di kedai buku, berjaya menghasilkan karyanya bersama sahabat penulis lain. Teruja,bahagia dan gembira! Melihat buku di rak buku.. Jika ada yang berminat dengan naskhah ini, boleh hubungi saya. 2019, hanya bergambar didepan kinokuniya 2021 buku berjaya masuk  di sini. Speechless! Maafkan saya! Typing error sepatutnya tulis tahun 2021. Teruja punya pasal kan😂 Inilah buku pertama saya berjaya masuk di tempat kerja. Tak disan...