Posts

SaLaM MAulidur RasuL

Image
Selamat menyambut maulidur rasul keatas nabi junjungan kita NABI MUHAMMAD S.A.W kepada umat Islam di seluruh dunia . Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas nabi junjungan kita iaitu NABI MUHAMMAD S.A.W. Semoga kita menjadi salah satu dari umatnya yang mendapat syafaat di akhirat kelak... INSYAALLAH.. Jadikanlah RASULULLAH sebagai idola kita dalam kehidupan ini dan dapat memperjuangkan ISLAM yang pernah RASULLULLAH perjuangkan dalam menegakkan kalimah ALLAH s.w.t..Bangkitalah wahai umat ISLAM.. Kembalikanlah tamadun ISLAM yang pernah di puncak kegemilangan..

SaY NO VAlenTime Day'S

Image
Setiap tahun, 14 Februari memang ramai yang tahu pasal tarikh nie dan akan menyambut dengan pelbagai cara supaya pada tarikh itu akan menjadi detik- detik indah bagi setiap pasangan yang menyambutnya. Hebat kan 14 Februari ???. Ek eleh  tipu la kalau  semua tidak tahu apa yang terjadi pada hari itu.. Namun, kita tidak  perlu la sambut   Valentine’ s Day Nie.. Inilah adalah salah satu strategi Yahudi. Bayangkan Jika kita menyambutnya... YAHUDI akan gelak pada kita semua nie..Kita sepatutnya mengikut syariat ISLAM tapi sebaliknya.. ISH3x.... apa la nak jadi nie... Apa yang membimbangkan????  Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Malah,saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi ....

Sombongkah Aku?

Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu? Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu? Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab? Ya,aku memang sombong. Namun aku sombong bertempat! Bukan pada semua. Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku. Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan? Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan? Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan? Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu? Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman. Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan. Aku tidak peduli. Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot Aku masih juga tidak peduli Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku Kiranya aku mengikut kemahuanmu Aku le...

PertAmA kalinya..

Salam.. Alhamdulillah.... Dengan izinnnya saya dapat menjadi salah seorang pengarang blog.. semoga pembukaan blog ini  saya dapat menyampaikan  dan mengarang apa yang ada di  dalam fikiran ini... Insya Allah.. Saya berharap sahabat2 dapat membantu  saya  jika  terdapat kesilapan ketika menulis tinta ini.. Hanya setakat ini sahaja yang mampu  bagi permulaan penulisan saya ini.. Insya Allah kita berjumpa lagi..