seBuah perTemuan...

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan


Sahabatku  yang dikasihi, 
Especially to:
Yang bold 2.. banyak membantu saya ketika gembira, suka, duka dan lara.. Namun mereka juga penguat semangat saya untuk terus berjuang. I really miss the moment...
Syuhada Awang, Nor Hidayah Syakila, Mohd. Haidir, Mohd. Rozaimei, Mohd. Ezainie Amrie dan  sahabat yang lain yang banyak membantu diri ini tidak kira la di mana kalian berapa sama ada di zaman sekolah, IPT or Program yang saya ikuti.. Thanks To All..

 Aril, Dayah, Me, Sue, Bob, Mie, Idir and Tophed

The last moment, kita bersama. Namun malam 2 mmg best sgt.. Mcm2 terjadi.. Ish.. lawak juga bila dikenang kembali saat2 kita bersama.. BILA PULA KITA DAPAT BERSAMA MCM NIE LG... Inilah hari2 terakhir untuk kita sebelum pergi ON JOB TRAINING... Dan inilah sebuah pertemuan yang indah buat diri ketika belajar di  INSITUT TEKNIKAL JEPUN MALAYSIA. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit ketika diri ini belajar di sana.. 


P/S: But, kerana Allah s.w.t kita bertemu kerana Allah s.w.t jua kita berpisah...
Namun persahabatan yang kita bina ini.. INSYALLAH diberkati oleh Allah s.w.t.





Comments

Popular posts from this blog

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

LELAKI DAMBAAN JIWA

gATHerInG tkM