KeLeBihan Al Ma'Thurat...

Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.

Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.
Kelebihan membaca Al Mathurat:
  •   Tidak dihampiri syaitan
  •  Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  •  Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  •  Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka  Allah akan menjamin untuknya syurga.
  •  Selamat dari segala sesuatu.
  •  Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  •  Allah berhak untuk meredhainya
  •  Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  •  Terhindar daripada syirik.
  •  Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  •  Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  •  Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  • Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  • Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Inilah adalah serba sedikit dan penerangan cara membaca Al Ma'thurat dengan betul.....




















p/s:
Jika terdapat kekurangan dalam pengisian ini.. harap dimaafkan..Ilmu yang diperolehi ini ketika saya mengikuti program daurah baru2 ini.. Untuk pengetahuan anda semua, sudah lama saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua.. Alhamdulillah akhirnya  tercapai jua hajat diri ini berkongsi ilmu yang saya perolehi.. Syukur padaMu YA RABB...

Comments

Popular posts from this blog

Terkesima.. menerima ucapan "Selamat Hari Guru"

gATHerInG tkM

LELAKI DAMBAAN JIWA