Telah dua tahun ayah pergi meninggalkan aku dan keluarga lainnya. Tetapi terasa baru sesaat aku bersenda gurau dengannya. Masih terngiang mutiara tazkirahnya, malah nasihatnya sentiasa mengiringi perjalanan kehidupanku. Kehidupan sebagai seorang anak, jua selaku hamba Ilahi. Mujahadahku masih berterusan bagi memenuhi permintaanmu ayah, yakni berusaha menggapai kejayaan. Bukan hanya kejayaan di dunia bahkan jua di akhirat. Juga harapanmu kepada si anak adalah supaya anak-anakmu menjadi anak yang soleh dan solehah. Aku sedang berusaha ayah, dan terus berusaha. Masih segar di ingatanku pada malam seminggu sebelum pemergian ayah, aku menghubunginya seperti kebiasaanku. Selepas berbual dengan ibu, aku berborak pula dengan ayah. Wiraku. "Assalamualaikum ayah." Sapaku. "Waalaikumussalam, apa khabar?" jawab ayah lantas bertanyakan khabarku seperti kebiasaanya. "Alhamdulillah, saya dah mula peperiksaan syafawi Quran pagi tadi. Syukur boleh jawab semuanya, tetapi tak ...